Alhamdulillah. Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya berpindah ke Al-Quran. IKHWAN DAKWAH CENTER-IDC Pusat Pengajian Al-Quran Dan Fardhu Ain, Pitas terus komited dalam melakukan dakwah khususnya dalam bidang pendidikan. Dengan matlamat kami untuk membasmi buta Al-Quran dikalangan umat Islam.
IKHWAN DAKWAH CENTER-IDC berusaha untuk mahu melahirkan setiap tahun seramai 500 orang yang boleh membaca Al-Quran. Walaupun menghadapi pelbagai halangan dalam menjalankan dakwah tetapi kami akan terus berusaha untuk melaksanakan dakwah mengikut yang termampu dengan izin Allah SWT.
Kami memohon agar seluruh lapisan masyarakat dikalangan umat Islam dapat membantu kami untuk mencapai tujuan dan matlamat ini. Semoga apa yang kita sumbangkan dari sudut kewangan, fikiran, tenaga dan nasihat akan menjadi amal ibadah kita disisi Allah SWT.
No comments:
Post a Comment