Dalam menyampaikan dakwah kepada umat Islam di bumi Sabah amnya dan Daerah Pitas khususnya, IKHWAN DAKWAH CENTER (IDC) mempunyai beberapa perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang telah disusun. Perancangan yang teliti dan berdisiplin ini perlu untuk mencapai misi yang telah dirancang untuk memastikan perjalanan dakwah mencapai target.
Untuk perancangan jangka pendek, misi dakwah IKHWAN DAKWAH CENTER (IDC), mahu melahirkan golongan yang boleh membaca Al-Quran seramai 500 orang setiap tahun. Sesuai dengan slogannya "Melahirkan Generasi Al-Quran". Kita sedia maklum bahawa kadar buta Al-Quran di bumi Sabah masih tinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Oleh itu misi penubuhan IKHWAN DAKWAH CENTER (IDC) ini mengurangkan kadar buta Al-Quran dikalangan umat Islam di bumi Sabah.
Sekarang ini IKHWAN DAKWAH CENTER (IDC), hanya mampu melahirkan 10 orang setiap bulan yang boleh membaca Al-Quran. Dengan purata 120 orang setiap tahun. Ini merupakan satu cabaran besar buat warga IKHWAN DAKWAH CENTER (IDC) dalam misi dakwah khususnya dalam bidang pendidikan. Dengan dana kewangan yang terhad, ditambah dengan kekurangan staff cukup memberikan cabaran besar.
Kita sedia maklum bukanlah mudah untuk melakukan tajdid dalam bidang pendidikan, tetapi itulah tugasan dan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang Muslim. Tidak ada alasan untuk tidak melakukan perjuangan ini. Berusaha, berdoa dan tawakkal selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT, supaya di mudahkan dalam urusan dakwah ini.
Bagi perancangan jangka panjang pula, IKHWAN DAKWAH CENTER (IDC) mahu melahirkan pelapis pendakwah, ulama dan umarak yang berjiwa Islam. Yang akan memikul tanggungjawab dakwah pada masa akan datang. Oleh itu, tugas kami di IKHWAN DAKWAH CENTER (IDC) adalah melahirkan barisan ulama, pendakwah, dan hafiz Al-Quran.
Untuk mencapai misi ini, semua pihak haruslah saling bantu membantu dalam merealisisakan impian ini. Kita harapkan siapa lagi selain umat Islam. Bagi yang mempunyai kewangan maka tugas anda adalah membantuk kami dari segi kewangan, bagi yang mempunyai ilmu membantu kami dalam mendidikan masyarakat Islam.
Tahun 2021 adalah tahun yang cukup mencabar bagi kami di IKHWAN DAKWAH CENTER (IDC) pertama cabaran dari segi kewangan dan yang kedua cabaran dari segi staff. Lebih-lebih lagi keadaan hari ini, ramai yang terjejas kerana wabak covid-19 yang melanda dunia. Tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak melakukan kerja-kerja dakwah.
Saya mengajak kepada semua muslimin dan muslimin, supaya membantu kami dalam misi ini. Semoga apa yang kita usahakan ini mendapat pahala disisi Allah SWT.
No comments:
Post a Comment