Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dengan izinnya kelas mengaji Iqra Dewasa dapat beroperasi semula setelah hampir dua tahun bercuti akibat daripada wabak Covid-19. Sesungguhnya ini adalah satu nikmat yang besar kepada umat Islam. Semoga kelas mengaji ini terus berjalan dengan jayanya. Walaupun pelbagai kekangan yang terpaksa dihadapi, tidak mematahankan semangat untuk menyampaikan ilmu kepada umat Islam.
Dakwah di dalam bidang pendidikan adalah satu jihad dan setiap umat Islam mempunyai kewajipan untuk membantunya sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga, dan fikiran.
Ikhwan Dakwah Center-IDC, akan terus bergerak di dalam dakwah khususnya di dalam pendidikan untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam kepada umat Islam. Semoga dalam kesusahan ini kami dapat terus memberikan sumbangan apa kami termampu dengan target boleh melahirkan umat Islam yang boleh membaca Al-Quran seramai 500 orang setiap tahun.
Buat sementara ini IKHWAN DAKWAH CENTER-IDC, hanya memulakan pengajian untuk kelas dewasa sahaja, manakala kelas Tahfiz hanya akan bermula setelah bangunan Tahfiz yang dirancang berjaya dibina. Kami sedang berusaha sekarang untuk mengumpul dana dalam mencapai impian tersebut.
Atas kekangan yang tidak dapat diatasi menyukarkan kami memulakan tahfiz untuk berjalan dengan serentak. Doakan agar segala usaha kami berjalan dengan baik dan segala cita-cita kami akan tercapai.
No comments:
Post a Comment