Salah satu metod dakwah yang perlu diambil perhatian oleh para da'i ialah menyampaikan dakwah kepada umat Islam melalui pendidikan. Metod ini bukan sahaja mampu melahirkan masyarakat yang berilmu tetapi turut membebaskan umat daripada belenggu amalan khurafat dan seterusnya dapat melahirkan pelapis da'i pada masa depan.
Melihat kepada keadaan semasa di bumi Sabah, dakwah melalui pendidikan adalah satu metod terbaik dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat yang masih jauh ketinggalan dalam pengamalan dan pengetahuan agama berbanding dengan negeri-negeri lain.
Muka bumi negeri Sabah yang luas memerlukan satu perancangan jangka panjang yang teliti dan berterusan. Oleh itu, dakwah melalui pendidikan adalah cara yang paling berkesan.
Dakwah melalui pendidikan ini dapat dilakukan serampang dua mata. Iaitu:
1. Dapat melahirkan pelapis dakwah pada masa akan datang, dikalangan anak-anak tempatan yang telah menerima didikan agama di pusat-pusat Tahfiz, Pondok dan Madrasah.
Melalui merekalah setelah tamat belajar digalakan untuk membuka tahfiz dan pondok di kampung masing-masing. Semakin banyak Tahfiz dan pondok semakin baik untuk perkembangan dakwah.
2. Mengadakan kelas bergerak di pedalaman-pedalaman yang jauh dimana terdapat satu atau dua keluarga yang beragama Islam, tetapi sukar untuk mendapat pendidikan agama.
Dengan adanya kelas bergerak ini, mereka tidak perlu lagi risau dimanakah mereka boleh mendapatkan pengetahuan agama, kerana para da'i datang di kampung yang terletak jauh di pedalaman sabah.
Melalui pengalaman penulis, ketika menjalan dakwah melalui pendidikan di kampung yang jauh. Mereka sentiasa ternanti-nanti para pendakwah yang boleh membantu mereka. Ada kampung yang penduduknya sudah 10 tahun memeluk agama Islam, tidak pernah mana-mana ustaz yang datang untuk mengajar mereka tentang Islam.
Kekurangan Guru Agama
Antara faktor yang menjadi penghalang kenapa umat Islam yang tinggal di kawasan pedalaman sukar mendapat pendidikan agama dengan baik kerana, kekurangan guru agama yang sanggup masuk berdakwah di kawasan tersebut.
Dengan adanya pusat tahfiz dan pondok yang ditubuhkan, anak-anak mereka yang diambil belajar setelah tamat, kembali semula ke kampung halaman masing-masing untuk mengajar.
Ini merupakan satu perancangan jangka panjang yang perlu dimulakan dari sekarang. Untuk melahirkan pendakwah dikalangan penduduk tempatan memerlukan masa yang panjang dan mudah dilakukan dalam masa yang singkat.
Jangan Terlalu Mengharap Orang Luar
Kita jangan terlalu mengharapkan orang luar dalam menyampaikan ilmu. Ada masa mereka akan kembali ke tempat asal mereka. Maka orang tempatanlah yang perlu menggalas tanggungjawab tersebut.
Kita mengambil ilmu daripada para pendakwah yang datang daripada luar, untuk disampaikan kepada masyarakat tempatan. Berjaya atau tidak semuanya terpulang kepada usaha kita sendiri dalam menjayakan misi dakwah melalui pendidikan ini.
No comments:
Post a Comment